Sunday 25 November 2012

pentingnya had tahunan berbanding had keseluruhan tahunan medikal kad

“Ini gambar dirakamkan petang semalam. Masa saya bercakap dengan dia, Faris mampu membuka mata dan menganggukkan kepala,” ujar Sham.
Di bawah, direkodkan komunikasi di antara Faris dan Sham semalam.
‘Walaupun doktor kata keadaan Faris masih tak byk berubah & paru2 nya masih lagi kritikal namun saya bersyukur kepada Allah kerana masih boleh berinteraksi bersama anak saya Faris….Selepas saya bancuh susunya & beri pada nurse utk dimasukkan kedalam tiub utk faris, dia membukakan matanya… Kemudian saya pun cuba berinteraksi ngannya
Ayah : Farisss, faris nampak ayah tak?
Faris : *angguk (walaupun terlalu lemah anggukkan dia)
Ayah : Faris rindu ayah dgn ibu?…
Faris : *angguk
Ayah : Faris sakit tak?
Faris : *diam
Ayah : nanti nurse bagi susu supaya faris kuat & sihat ok?
Faris : *angguk
Ayah : ayah tunggu kat luar dulu ye? Nanti nurse bg susu, lap badan & tukar pampers tau.. ayah datang balik nanti. Kejab je ok?
Faris : *diam
Alhamdulillah, faris tunjuk reaksi positif walaupun doktor kata keadaan dia masih membimbangkan…. Bersyukur sgt2 kepada Allah bila dpt berkomunikasi dgn Faris…..
Mohon rakan2 semoga terus menerus mendoakan semoga Faris cepat sembuh’
“Gambar kedua, saya rekodkan selepas Faris menjalani rawatan kimoterapi di antara jam 12 tengahari dan 2 petang tadi. Dia diberikan ubat tidur untuk berehat,” tambah ayah pesakit.
Untuk rekod, itu rawatan kimoterapi ke 4 dilalui oleh Faris.
Sewaktu mula mengetahui kisah derita ditempuh oleh anak kecil itu, bil hospital terpaksa dijelaskan oleh Sham dan isteri, RM75,000.
Setelah 21 hari dimasukkan ke Sime Darby Medical Center, keluarga terbabit kini menanggung bil berjumlah RM96, 957.68.
Berikut salinan bil dikeluarkan oleh pusat perubatan terbabit.
Untuk makluman, Faris kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada mesin oksigen untuk bernafas dan keadaannya masih diklasifikasikan sebagai ‘kritikal’.
Justeru, usaha untuk memindahkan Faris ke hospital kerajaan bertujuan mengurangkan kos rawatan tidak dapat dilaksanakan.
Kombinasi insuran Sham dan isteri, Zuraine Mohamad, dilaporkan RM40,000 sahaja sedangkan bil terkini hampir mencecah RM100,000.

Thursday 25 August 2011

Kenapa saya tidak ambil insurans takaful?


Dalam satu perbualan dengan seorang bakal pelanggan, setelah beliau faham akan kepentingan perlindungan dan pelan perlindungan untuk anaknya, beliau melontarkan soalan berikut:

“Kalau begini punya penting, kenapa orang selalu lari atau tidak mahu ambil insurans/takaful?”

Kadang-kala soalan yang sama berlegar dalam fikiran saya. Mulanya dulu saya pun hairan tetapi lama kelamaan saya akur. Melalui pengalaman berhadapan dengan orang ramai, memang apa yang diperkata oleh pelanggan di atas ada benarnya. Setiap orang mempunyai pemahaman yang berlainan.

Malah, ada yang ekstrim yang menggelarkan agen insurans/takaful seperti meminta sedekah. Sedangkan jika kita faham, kewujudan agen ini adalah untuk mengelakkan kita meminta-minta jika musibah melanda.

Adakah agen itu meminta sedekah jika usaha agen itu adalah menyelamatkan dia daripada kemungkinan bakal menjadi peminta sedekah? Fikirkanlah…

Top 10 alasan lazim kenapa orang ramai tidak mahu mengambil pelan perlindungan adalah:
  • 1. Saya tidak ada duit
  • 2. Saya tidak percaya agen insurans
  • 3. Saya tidak percaya dengan insurans
  • 4. Saya ada simpanan dan perlindungan lain
  • 5. Saya tidak percaya dengan syarikat insurans
  • 6. Saya sudah ada perlindungan yang diberikan oleh majikan
  • 7. Saya masih lagi muda
  • 8. Saya tiada tanggungan
  • 9. Saya tidak ada masa untuk mendapatkan insurans
  • 10. Saya kena berhenti merokok ke?
Dan saya ingin menambah satu lagi No.11 : tidak tahu, tidak mahu ambil tahu dan tidak peduli.

Walau apapun alasan yang digunakan untuk mengelakkan diri daripada mendapatkan polisi perlindungan, melindungi diri individu dengan insurans adalah jauh lebih penting daripada semua alasan di atas.

Sebab yang paling utama bagi setiap insan untuk memiliki pelan perlindungan adalah supaya keluarga anda dapat mengekalkan gaya hidup seperti sekarang walaupun sekiranya musibah yang tidak pernah disangka-sangka berlaku.

Selain itu, polisi insurans juga direka untuk memenuhi keperluan spesifik masa depan anda dan juga keluarga, sama ada ianya untuk memenuhi keperluan tabung pendidikan anak, membesarkan ahli keluarga, mencapai impian anda ataupun satu skim persaraan yang selesa.

Terdapat banyak pilihan pelan insurans di pasaran yang anda boleh pilih dan ditawarkan oleh Great Eastern, mengikut matlamat dan keperluan kewangan anda. Mulakan mencari pelan yang paling sesuai untuk anda hari ini.

Yang paling penting, adalah menjadi keutamaan anda untuk memastikan anda dan keluarga anda dilindungi tanpa mengira berapa pun usia anda sekarang. 

Tahniah buat Annuar Agency


Sekalung tahniah buat GAM Annuar bin Mohd Rohaini daripada Annuar Agency di atas anugerah yang diterima beliau sebagai Champion Whole Group dan Direct Group daripada Great Eastern Takaful dan keluar di dalam akhbar Berita Harian dan The Star pada 23 Ogos 2011 yang lalu.


Sememangnya beliau layak menerima anugerah ini di atas dedikasi dan semangat berkumpulan serta daya kepimpinan memimpin agen-agen di dalam kumpulan beliau bagi memberikan yang terbaik hingga mencapai tahap ini.


Saya dan Rosazaman Sarifdin adalah penerima anugerah di atas kategori personal sales serta rakan-rakan yang lain.

Thursday 14 April 2011

INFO TAFAKUL GE

TABUNG PENDIDIKAN TAKAFUL GE

Pendidikan adalah pelaburan untuk masa depan. Dengan peningkatan kos pendidikan secara berterusan, individu sewajarnya tidak lokek memperuntukkan dan mempelbagaikan jenis tabungan untuk keperluan masa depan.
Unit amanah adalah pelaburan yang berisiko lebih rendah dengan pulangan berpatutan untuk jangka panjang. Bagi tabungan pendidikan, instrumen pelaburan berisiko rendah dan kecairan tinggi amat sesuai. Ini membolehkan mereka menjual balik pelaburan masing-masing ketika memerlukan.
Di samping instrumen pelaburan, polisi insurans merupakan antara produk yang semakin mendapat perhatian masyarakat.
Pelan pendidikan ini direka bagi tujuan tabungan pendidikan anak-anak ketika mereka mencapai umur 18 tahun.
Lazimnya, ia bertujuan membiayai kos pengajian anak-anak untuk ke kolej ataupun universiti. Dengan pelan ini, anak-anak akan mendapat perlindungan insurans dan ibu bapa atau penjaga merupakan pemegang polisi. :)
Sekiranya ibu bapa memilih rider manfaat pembayar, polisi pendidikan memberi jaminan bahawa sekiranya ibu bapa atau penjaga yang sah meninggal dunia, anak-anak akan mempunyai akses kepada dana untuk membiayai perbelanjaan pendidikannya kelak. Polisi ini juga memberi kelonggaran untuk menambah jumlah simpanan pada masa depan.

PENTINGNYA INSURAN

Setelah bertungkus lumus belajar selama 4 tahun di universiti, kini segulung ijazah telah menjadi milik anda. Apakah seterusnya? Ya, mencari kerja. Itulah kitaran biasa kehidupan.Tidak semua graduan bernasib baik dalam mencari kerja idaman dalam masa singkat. Ada yang cepat mendapat kerja dan ada juga yang terpaksa bersabar berbulan-bulan lamanya sebelum dapat memulakan karier. Apabila telah di terima bekerja, apakah perkara2 yang perlu untuk di ambil kira bagi memulakan satu kehidupan baru yang meyakinkan?
1) Tempat tinggal:
Anda mungkin tinggal menyewa atau masih bersama keluarga. Kalau menyewa semestinya bayaran sewa rumah menjadi satu issue yang harus diambil kira selain dari lokasi. Untuk ini, tips yang saya ingin saya beri ialah, seboleh-bolehnya biarlah lokasinya berdekatan dengan tempat kerja. Walaupun mungkin boleh jadi sewa rumah agak sedikit mahal, tapi amat berbaloi untuk emosi dan masa anda. Anda tidak perlu bangun awal dan terkejar ke tempat kerja yang jauh dari rumah. Tak perlu terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk dan yang penting anda tidak membuang masa anda di atas jalan raya yang membosankan untuk jangka waktu yang lama. Anda tidak akan terasa hakikat ini dalam jangka waktu yang singkat akan dalam jangka waktu yang lama anda pasti merasakannya.Routine harian yang sama amat membosankan!!
2) Kenderaan:
Amat penting untuk ke tempat kerja. Bagi yang baru bekerja saya sarankan jika anda ingin membeli kereta pertama biarlah berpatutan dengan pendapatan anda. Melainkan anda telah membuat saving sejak waktu belajar dahulu, anda mungkin ingin memikirkan untuk membeli kereta terpakai (2nd-hand) yang pada saya tidaklah seburuk yang diperkatakan. Kebanyakkan berpendapat, kereta 2nd hand cepat rosaklah, takut kena service selalulah. Sebenarnya tidak begitu. Apa yang penting sekarang ini adalah untuk kita mengawal financial kita untuk terus survive di peringkat awal memulakan pekerjaan. Di mana rata2 ramai yang gagal berbuat demikian. Kecuali jika anda memulakan pekerjaan dengan gaji 5k.
3)Insurance/Takaful/medical card:
Pada saya perlindungan ini amat penting dan sangat2 perlu dipertimbangkan.Kita akan terdedah kepada bahaya di jalan raya. Selain itu untuk membantu diri kita disaat berlaku masalah kesihatan atau kemalangan mengejut dan kita tidak perlu bimbang mengenai bil-bil rawatan. Ramai yang masih tidak menyedari hakikat ini. Mereka memandang takaful atau insurance ini sebagai ‘rugi’ jika tidak digunakan. Pada saya insurance atau takaful ini ada sesuatu pembelian yang unik di mana kita tidak mengharapkan langung untuk menggunakannya. Bermakna, kita sentiasa sihat. Bukankah itu lebih baik daripada penatkan kepala memikirkan kerugian akibat kita tidak melakukan claim? Sesungguhnya takaful itu harus dibeli sewaktu muda di kala sihat. Kita akan nampak faedahnya apabila kita terlibat dalam kemalangan atau apa penyakit kritikal dan masalah kesihatan. Bayangkan anda terlibat dalam kemalangan, kereta anda yang dilindungi insuran dapat dibaiki di bengkel sedangkan anda yang cedera atau parah tidak dapat rawatan segera ‘kelas pertama’ kerana tidak bole memberi jaminan bayanran bil hospital. Semestinya company tempat anda bekerja ada memberi faedah perubatan kepada pekerjanya, namum hanya pada certain amount. Ada yang besar jumlahnya dan ada yang sedikit. Dengan itu, Jadikan perbelanjaan insuran diri sebagai sebahagian dari perbelanjaan bulanan anda. Sayangi diri anda. Pay yourself. Jadi fikir-fikirkan lah.
4)Financial:
Financial di sini bermaksud; ‘income vs expenses’. Berapa banyak yang patut kita berbelanja sebulan adalah bergantung kepada aliran wang masuk dan bukan untuk memenuhi kehendak. Kesimpulannnya, kehendak semasa adalah mengikut kemampuan semasa.Jangan overspend. Kebiasaannya, di awal alam pekerjaan, sumber pendapatan utama adalah duit gaji bulanan itu sendiri. Rata2 bermula denga RM 2500 secara puratanya. Apakah pecahan untuk nilai tersebut? Mari kita congak2. Berikut adalah perbelanjaan biasa yang perlu dipertimbangkan bagi yang baru memulakan pekerjaan:
1) kenderaan : RM500
2) Sewa rumah : RM200
3) Petrol : RM 200
4) Bayaran pelajaran: RM100
5) Bagi Parent : RM 200
6) Insuran/takaful/medic card: RM 170
7) Telco+internet : RM 100
8) Foods : RM 250
9) Leisure : RM 150
10)Tol : RM 80
11) Saving : RM 250
12) investment : RM 150
13) baki/MISC/emergency : RM 150
kesemua expenses di atas adalah secara minimum dan bergantung kepada individu dan keadaan.Mungkin ada yang kurang lebih untuk setiap items yang di nyatakan.Idea di sini adalah untuk menunjukkan dengan nilai RM2500 per month, perbelanjaan adalah ‘tight’ apa akan jadi sekiranya harga kereta lebih mahal , atau sewa rumah melebihi jumlah yang tertera di atas, mungkin juga perbelanjaan petrol bertambah? Jika keadaan ini berlaku, bermakna terdapat perbelanjaan2 lain yang terpaksa dipotong atau dikurangkan dan selalunya saving dan investment lah yang akan menjadi mangsa.
Apa pula keadaannya jika pendapatan bulanan kurang dari RM2500 seperti yang dibincangkan? Semestinya peratusan perbelanjaan terpaksa dikurangkan. Kesimpulannya, kawallah perbelanjaan anda dari awal, jangan banyak buat hutang diawal memulakan pekerjaan, stabilkan kewangan anda dan rancanglah perbelanjaan anda. Berbelanjalah mengikut kemampuan dan bukan mengikut suka hati.

SITI AIDA
Takaful GE
012-755 0056
Posted in info | Leave a comment

penyakit kritikal dan kemalangan???

Assalamualaikum..
Apa khabar anda semua pemegang2 polisi atau bakal pemegang polisi..
Ada isu yang ingin saya kongsikan dengan anda.. semuanya saya perolehi daripada maklum balas orang ramai semasa saya melakukan open booth di TESCO Sri Alam pada 2 dan 3hb April 2011 (semalam). antaranya…
“harap jer ada insuran, tapi bila kena penyakit kritikal tak dapat nak claim. Sedangkan masuk pelindungan penyakit kritikal”
Jawapan saya,
Abang kena paham sebenarnya apakah pelindungan/manfaat yang di ambil dan yang paling penting bilakah ia dapat dilindungi. Untuk pampasan penyakit kritikal hanya dapat di perolehi bila berada di tahap 4 sahaja, semua ini ada tertulis pada buku polisi. Mungkin salah agent juga tak terangkan dengan jelas perkara ini.
Disini kelebihan kami (TAKAFUL GE) yang mana manfaat penyakit kritikal dapat diperolehi pada tahap awal. Satu satunya pengendali takaful yang ada manfaat ini.
“insuran tipulah, kawan saya kemalangan tangan patah tak dapat duit sesen pun”
Jawapan saya,
Abang, betul takkan dapat duit jika insuran yang di ambil itu adalah PA (pesonal accdient). Manfaat hanya diperolehi jika berlaku kematian akibat kemalangan sahaja. Kematian biasa pun takkan dapat..
Melainkan kawan abang ambil plan lain selain PA dan di tambah dengan manfaat kemalangan keseluruhan, dia akan dapat manfaat tersebut mengikut % bahagian yang patah.
Ada banyak lagi soalan2 yang diajukan.. patutlah orang kita fobia dengan insuran in.. salah faham rupanya.
maklumat lanjut:

Monday 11 April 2011

Salam perkenalan daripada Siti Aida

Salam...


Saya, Siti Aida Binti Mohamad Nor, wakil Takaful Great Eastern Sdn Bhd dan ejen sepenuh masa (fulltime agent).  Saya juga telah berkhidmat di Annuar Agency selama lebih 10 tahun. Blog ini diwujudkan untuk saya berkongsi cerita dan mengemas kini aktiviti dan perkembangan saya sepanjang memberi khidmat kepada para pelanggan.


Tentunya banyak kisah suka duka dan penuh warna -warni untuk dikongsikan di sini dan diharapkan saya diberikan kekuatan dan kesempatan masa untuk saya mengemas kini blog ini dengan seberapa kerap yang termampu.

Anugerah dan pencapaian yang saya perolehi semasa bersama Takaful Great Eastern Sdn Bhd :-
  • Anugerah Bumiputera Cemerlang
  • Supremacy Trip ke Shanghai, China pada tahun 2007
  • Supremacy Trip ke Rome, Itali pada tahun 2008
  • Supremacy Trip ke Switzerland, pada tahun 2009
  • Supremacy Trip ke Inner Mongolia, pada tahun 2010
  • Supremacy Trio ke Abu Dabi dan Dubai pada tahun 2011